Friday 18 October 2013

Want to hear the first clap??

OOOOOhaiiiiii....lama betul Acik abandon blogging world ni sampaikan bila nak buat entri baru ni, rasa berjerebu kepala otak dgn indeks yang boleh diklasifikasikan sebagai sangat tidak sihat.
  Harap2 kali ni blog yang satu ni bertahan la sampai Acik sendiri pun tak mampu nak menulis lagi. Agak2 kalau lama tak nampak tu, pakat2 la gendang pintu umah Acik ya?
  Anyways, Acik nak tanya korang la, apa agaknya perasaan korang kalau tiba - tiba ditakdirkan korang boleh nampak benda2 yang tak normal? Maksudnya benda2 ghaib yang tak boleh dilihat dek mata kita.
  Acik tanya bukan apa, sekian lama hidup Acik dihantui dengan benda - benda angker ni. Dari dulu pun Acik dah boleh nampak actually, tapi as I grow older, the ability become stronger too. Bayangkan siang malam berdepan dengan benda mcm ni, sampaikan kengkadang tak tau nak differentiate samada apa yang Acik tengok tu manusia atau makhluk dari dunia lain.
  Macam baru - baru ni, Acik pergi visit rumah aunty. Rumah aunty tu berjiran dengan jiran bukan Islam. Alih - alih masa nak turun tangga umah tu, Acik nampak satu figure punya laaaaa besor berdiri sebelah jiran aunty Acik tu.
  FYI, jiran aunty Acik tu tengah buat upacara sembahyang dia. Benda tu ikuttttttt je mana jiran aunty tu pegi. Yang paling Acik tak leh blah, benda tu pergi kat tempat sembahyang jiran tu, ambik segala bara n kemenyan tu masuk dalam mulut dia.
  Masa tu Acik rasa memang dah nak terpengsan dah, tapi nak buat camna kan, terpaksa la tunjuk macho gak. Ye la, takkan la pulak Acik nak menjerit histeria kat situ?
   Lepas tu pulak masa malam Aidiladha baru ni, Acik balik kampung di Tanjung Malim. Acik antara yang last balik, sebab yang lain semua dah balik a day before. Kampung Acik tu tak la jauh ke pedalaman tapi nak masuk kat area tu memang tempuh tempat2 yang gelap gak aa sebab takda lampu jalan.
  Nak dijadikan cita, masa tu baru lepas azan maghrib, n hari pulak baru lepas hujan. Jalan situ memang dah gelap gelita sebab takda lampu. Tengah - tengah drive tu, Acik ternampak satu pompuan yang tengah berjalan. Acik pelik gak, sapa pulak yang berjalan dalam gelap lepas hujan macam ni. Dalam terpelik tu, tak sedar kereta tetap bergerak, sampai la betul- betul dekat dengan pompuan tu. Masa tu baru Acik nampak yang pompuan tu actually was not walking but floating instead.
  Dah nampak tu, hati sudah ada goyang, Acik pun nak accelerate la kereta. Boleh pulak pompuan tu toleh n pandang Acik woiii!!!       Muka cik kak kita tu jangan cakap la hodohnya mcm mana. Allahu Rabbi, kalau diingat - ingat muka pompuan tu, mau hilang selera makan terus!!
  Yang paling shilake, the moment pompuan tu perasan Acik, dia dah start kejar kereta Acik. Memang masa tu menyumpah seranah bagai la sebab kereta Acik tak leh drive lelaju, tayar botak semua. Paling laju pun masa tu 80kmh je. Cik Kak tu follow Acik, betul2 sebelah kereta Acik, kat sebelahc tingkap penumpang bahagian depan. Sampaila tempat terang sikit, baru la dia hilang.
  Haaaaa amacam korang? Ada bran kaaaa?? Memang tak boleh describe la perasaan masa tu. Memang terasa sungguh betapa kebolehan ni bukannya satu anugerah, tapi satu sumpah actually.
  Mujur jugak bukan semua benda yang Acik nampak berniat jahat. Banyak yang datang hanya sekadar menyapa, mungkin sekadar memberitahu mereka wujud di dunia ni. Itu bagi Acik tak menghairankan kerana memang telah difirmankan oleh Allah SWT mengenai kewujudan mereka, kan?
  Frankly speaking, sehingga hari ni Acik masih berharap ada pihak yang boleh menutup hijab yang terbuka ni. Seksa rasanya menanggung satu perkara yang tak boleh nak dikongsi dengan semua orang.  
   Apapun Acik redha, kerana hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala rahsia.
  Seperti yang difirmankan dalam Al Baqarah, "boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik bagimu. Dan hanya Allah yang mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui apa - apa". Begitulah lebih kurang intipati firman itu. Maafkan Acik kalau tersilap ya. 
  Apapun korang, Acik harap tak ada lah pulak yang sengaja cuba nak membuka hijab masing - masing ya. Remember, curiosity will always kills the cat. Ingat tu...



  

No comments:

Post a Comment