Sunday, 20 October 2013

Cakap tak serupa bikin...

Acik terpanggil nak share apa yang Acik dan kawan - kawan lain rasa sepanjang follow pemilihan UMNO ni sejak 12hb lepas.
  Semalam Acik rasa memang cukup panas, cukup berdebor, especially bila tunggu result Naib Presiden yang turut ditandingi calon feberet Acik ni, yakni Datuk Paduka Mukhriz Mahathir.
  Sorrylah kalau topik kali ni agak membosankan tapi kalau dah namanya duduk diam di Malaysia, rakyat Malaysia, bangsa Melayu waima ada campur darah mutan sekali pun, kena la ambik tau apa yang jadi kat negara kita ya dik.
  Jangan nanti rakyat luar lebih tahu cerita landskap politik negara kita, sedangkan kita? Nganga jeeeeee!!!
   Well semalam kat PWTC (kalau PWTC pun korang tak tau apa, Acik nasihatkan lebih baik korang register masuk sekolah balik!) memang ramai la orang 'berambeh (dlm bahasa Melayu Sarawak, maksudnya berkampung) untuk follow dgn dekat keputusan pemilihan 3 Naib Presiden, 25 Ahli Majlis Tertinggi dan 187 Ketua Bahagian UMNO.
   Dari mula lagi Acik memang sangat2 berharap biarlah Mukhriz antara yang terpilih dalam Naib Presiden, sebab kalau UMNO sibuk canang proses transformasi sana sini, inilah masa paling tepat untuk buktikan yg cakap2 tu semua bukan kes nak pancing undi aja. Senang cita, walk the talk beb!!
    Saingan semalam cukup sengit la...Datuk Seri Ahmad Zahid dgn Datuk Seri Shafie Apdal dari mula dah leading while Datuk Seri Hishammuddin memang tergugat abis. Mukhriz plak result dia cukup dekat dgn Hisham, memang bikin semua debar tak abis.
  Banyak perwakilan yang undi Mukhriz, tp lebih banyak yg undi Hisham. Yg bestnya, jumlah undi dari perwakilan untuk Mukhriz jauh lebih banyak dari jumlah undi perwakilan untuk Hisham. Malangnya undi mereka atau juga dikenali sebagai undi popular tak diguna pakai untuk menentukan pemenang. Diorang tetap nak kena guna undi Bahagian gak. Maknanya kalau dalam bahagian A ada 100 ahli dan 60 undi Hisham, 40 lagi undi Mukhriz, itu dikira kemenangan utk Hisham. So Hisham dah dapat 1 undi dari  Bahagian A. Begitulah seterusnya sampai abis 191 bahagian seluruh negara.
   Nak jadi cita, Mukhriz akhirnya kalah pd Hisham. But not without a tough fight. He was so gentle, he even came to PWTC and masa tu orang semua serbu dia, mcm dia tu artis paling popular kat Malaysia ni!!!! Masa tu Acik n kawan2 lain sangat sedih, n sedih tu tukar jadi marah bila dapat  tau kisah kisah di sebalik pemilihan ni. Sangattttttt keji weh, bila ko guna tangan2 ghaib untuk pastikan ko menang!!! Agak2 laaaa kan??? Lu kata nak berubah, lu kata nak transform yet lu still practice benda2 keji camni?? Apa ni weh???
   Feedbacks dari pihak Mukhriz tambah buat Acik sedih. Diorang bagi tau yang figures dapat dari Bahagian tunjuk Mukhriz menang. Tapi tak tau kenapa bila sampai HQ, result jadi lain! Sesuatuuu sangat tau!!
   Acik malas nak cakap banyak. Buat tambah dosa lak kang, tapi Acik n rakyat Malaysia lain yang follow pemilihan ni, especially yang ada di PWTC semalam tau, siapa pemenang sebenar. And kitorang cukup respek dengan cara kempen beliau yang bersih dan humble, tak poyo mcm calon lain. Pada Acik, DS Zahid memang patut ada dalam barisan Naib Presiden. It will be even better if Mukriz is there too. Malangnya, kepemimpinan UMNO masih cakap tak serupa bikin...

No comments:

Post a Comment