Saturday 26 October 2013

LIAR LIAR PANTS ON FIRE - PART 3

ELLYNA AHMAD  -   TRILOGI

Ok, bab kedua tadi Acik dah huraikan mcm mana wujudnya Illana Imani dan kaitan dia dengan Cik Lyn kan? Kat sini, dan dalam bab akhir ni Acik nak jelaskan pulak, huraikan pulak hujah - hujah seterusnya bagi membuktikan apa yang dikisahkan tu memang tidak ada yang tidak benar melainkan tidak benar belaka!!!
   Selepas teori demi teori Agent2 CSI jumpa dan bentangkan, kami sepakat untuk membongkar penipuan terancang ala skandal Watergate ni. Memang tabik spring toing toing la dengan dia. Penipuan yang cukup meyakinkan, walaupun dipenuhi dengan unsur drama yang tak logik. Siap ada profile FB dan Instagram lagi untuk Iman dan Iqbal tau!!!
   Bila kitorang query, contohnya macam kenapa susah sangat nak visit Iman kat ward, alasannya sebab wad Iman dikawal ketat, selain dia ditempatkan dalam  isolation room. Bila tanya kawalan ketat kenapa? Katanya atas arahan TMJ. Yes, TMJ as in Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
   Acik jadi pelik. Ah sudah, apa lak kaitannya dengan TMJ kan??? Dahhhh mula dahhhh...timbul lagi satu drama. Alkisah, TMJ dengan Iman ni adik beradik susuan. Konon cerita, waktu bonda TMJ melahirkan baginda, bonda baginda berada dalam keadaan gering, menyebabkan baginda terpaksa disusukan oleh seorang wanita yang juga kawan baik kepada ibu si Iman.
   Lepas tu punyalah drama, bila ibu Iman ni bersalinkan dia, ibu dia lak kena denggi, so terpaksalah Iman ni disusukan oleh wanita yang sama menyusukan TMJ tadi. Haaaaa hebat tak hebat?? Lillahita'ala, Acik tak rasa Acik boleh atau terfikir nak menipu seterer ni. Baru kena sergah dah tergagap2, ni kan pulak nak menipu babitkan kerabat segala.
   Dipendekkan cerita, segala bil perubatan ditanggung TMJ, menyebabkan baginda ada kuasa menentukan siapa yang boleh melawat Iman etc. Kononnya tapisan keselamatan maha ketat perlu sebab si Iman ni dulu pernah diganggu stalker sampai terpaksa dapat perintah mahkamah. Fuh!!! Ini sudah mcm bintang Hollywood!!!
   Drama demi drama dilakonkan Ellyna aka Lyn aka Iman aka Iqbal. Sekali sekala ada muncul watak sampingan yakni Ilham. Tapi watak ni jarang muncul, sekali sekala je. Kisah ni berlanjutan sampaila masa Iman perlu menjalani rawatan kimoterapi di Royal Marsden Hospital, London, juga atas biaya TMJ. Kat sini pun ada drama gak. Si Iman ni patut 
bertolak ke UK pada 26 September. Memandangkan Acik berada di sana waktu tu, Acik terus offer untuk melawat dia dan spend some time with her. Ehhhhh dan - dan tukar tarikh, kena pegi awal Oktober pulak sebab keadaan tak mengizinkan dia terbang jauh.
  Okkkkkk....yang bestnya, tarikh dia pilih tu tarikh Acik dah jejak semula di Malaysia. Nampak tak permainan dia? Bila dia tau Acik ada sana, terus tukar tarikh awal tu kepada tarikh baru, knowing very well I wont be able to pay her a visit since I am already back in Malaysia. Cerdik kan??
    Hilang satu kisah, timbul pulak drama nak melawat Iman. Memula kata nak lawat Iman kat rumah, eh tetiba tak boleh keluar hospital pulakkkkk!!! Bila semua orang dah nekad nak pegi je hospital tu and try to visit her, Cik Lyn pun main peranan dia. Kata dia, Iman tu sakit, tak sedia nak terima pelawat and kitorang patut respect peraturan tu sebab TMJ yang bayar all the bills, tak nak Iman susah kalau kitorang main terjah je datang..those crap la dia bagi.
   Dari rumah berpindah ke hospital, still tak dapat jugak nak jumpa si Iman ni. So plan terakhir ialah sent her off in KLIA. Semua memang dah confirm gila, termasuk Acik yang sanggup tukar tarikh flight supaya dan sampai on time to sent her off. Agaknya masa ni jugak si Cik Lyn ni dah cuak gila,  tetiba malam sebelum tarikh pegi KLIA tu, dia kata dia tak dapat pegi, kena balik Ipoh sebab makcik dia sakit. Just like that.
   Ok fine. Acik dan tiga agent CSI yang lain decide to go, and true enough, seperti apa yang Acik sangkakan, tak dapat jugak jumpa malaun sekor tu. Alasannya sebab Iman dah sesak nafas, she has to be pushed inside the lounge to rest.
   Masa ni jadi lagi satu drama. Tetiba flite MAS yang sepatutnya dia naik bertukar pada Emirates. Like wadefak??? Kau punya flight takkan kau tak tahu??? Takkan laaaa??? Naik bas ekspress pun dah tau dari awal wei!!!!
    Alahaiiii penat otak penat semuanya mengarang cerita penipu ni la. Dah mengalahkan Hikayat Hang Tuah pulak haaaa...Hikayat Hang Tuah tu pun Acik baca sadin je...siap berak lagi masa baca tu.
  Tapi untuk ringkaskan sinetron si penipu ni, Acik syorkan browse instgram sebenar pemilik gambar yang Iman dakwa sebagai gambar dia tu. Dalam tu ada semua gambar Iman yang pernah dia post kat Instagram dia @redillana. Nama account pemilik sebenar gambar tu @jessdiazwilson.  Nak cek identiti sebenar anak sedara dia yang dia kata nama Idy tu pun boleh. Check out Instagram @ahawken dan tadaaaaa...akan berjumpalah dengan si comel yang nama sebenarnya Gaby tu.
  So kalau dah Iman tu fake, Idy pun fake, tak mungkinlah dua abang dia yakni Iqbal dan Ilham tu real kan?? Anak cina makan ingat, sendiri mau ingat!!!
   Tambah menguatkan teori bahawa Iman ni penipu, dua Agent CSI pergi top up kan phone number Iman, untuk tengok number Iman tu didaftarkan atas nama siapa. Jeng jeng jeng jeng...ibarat bangkai gajah tak dapat ditutup dengan nyiru, macam tu jugak penipuan ni. Resit jelas menunjukkan ia didaftarkan atas nama Ellyna Ahmad. So apa lagi nak kata?? Tak percaya?? Ini buktinya...


Acik tak cakap kosong. Besar dosanya memfitnah orang ni. Tapi kalau dah segala bukti menjurus kepada satu teori iaitu ini hanya satu penipuan, apakah ini masih dikira fitnah?
  Jujurnya Acik rasa kasihan pada yang terpedaya, juga pada yang ikhlas mendoakan dia supaya kembali sembuh. Tak faham dan tak tahu apa tujuan dia menipu sehingga macam ni sekali. Gigih mencipta profil profil khayalan semata - mata untuk membuktikan dia benar - benar wujud di dunia nyata.
  Terlalu bencikah dia dengan dirinya sendiri hingga tergamak berselindung di sebalik watak khayalan, memperdayakan ramai orang? Untuk apa ya? Perhatian? Kurang kasih sayang gamaknya sampai sanggup buat macam ni?
  I couldn't bring myself to think what will happen if TMJ finds out that his name has been use widely by this girl. Kut ya pun nak menipu, tak payahlah sangkut paut orang -orang besor ni. Kita ni timun, dia tu durian. Menggelek pun kita luka, digelek pun kita luka..
  Entahlah, Kepada Ellyna, Iman, Iqbal, Lyn atau Ilham, cukup - cukuplah. Hentikan semua ni. Tak berat ke bahu tu menanggung dosa tiap kali? Kasihan kat mak ayah kamu...

No comments:

Post a Comment