Saturday, 26 October 2013

LIAR LIAR PANTS ON FIRE - PART 2

ELLYNA AHMAD - THE SEQUEL

Dalam part 1, Acik dah cerita macam mana Ellyna Ahmad bijak memperdayakan orang kan? Sekarang in part 2, Acik nak huraikan kaitan secara langsung Ellyna Ahmad dan seluruh filem penipuan ni.
  Nak dijadikan cerita, Acik berjinak - jinak dengan satu slot kisah - kisah seram kat twitter, @seramshit. Acik suka sebab setiap malam dari jam 12 tengah malam hingga 4 pagi, pembaca akan dihidangkan dengan kisah - kisah seram dari curator yang berlainan. Masa ni lah, Acik stumble upon dua curator yang kisah seram diorang memang real dan mantap. Sorang nama Cik Lyn atau tweethandle @ciklyn dan Iman atau tweethandle @justcuk.
  Kononnya si Cik Lyn ni banyak berdepan dengan pengalaman seram, sesuai dengan kerjaya dia sebagai penulis skrip filem seram while Iman ni pulak ada 3rd eye atau deria keenam.
  Bila Acik tau yang Iman ni ada 3rd eye, Acik DM dia kat twitter, untuk share pengalaman Acik yang juga ada deria keenam ni.  Niat Acik masa tu cuma satu, untuk berkongsi pengalaman dan  meminta panduan macam mana dia handle kebolehan ni sebab berdasarkan cerita - cerita dia, Iman ni seolah - olah dah get used to it. Bukan macam Acik yang masih ada rasa rimas, takut dan cuak dengan apa yang Acik nampak.
  Dari satu mesej, kitorang bertukar no hp dan bermulalah persahabatan Acik dengan mangkuk jamban sekor ni. Since then onwards, Iman ni pun kerapla bercerita kisah penglipur lara dia dgn Acik, termasuk masalah - masalah dia dengan boifren, iaitu seorang pemuzik dari sebuah band yang mula mencipta nama.
  Kata dia, mamat tu masih obsessed dengan ex gf dia yang katanya gila talak. Dahla gila talak, si minah ni katanya selalu harassed dia dengan macam2 nasty messages, be it through twitter atau whatsapp. Ex GF jugak katanya create macam2 tweethandle untuk burukkan dia (Iman) di twitter.
  Acik terfikir gak, kenapa si Ex GF ni sentap gila dengan minah sorang ni, tapi rumusan Acik masa tu hanyalah maybe sebab Iman ni lawa gila while Ex GF tu tak selawa mana. Ok ok sori but memang kenyataan Ex GF ni tak la selawo Iman tu.
    Dalam pada cerita BF tu keluar, Iman keluarkan pulak cerita kononnya dia terlebih dulu hang out dengan pelakon Gambit Saifullah. Cuma disebabkan BF dia lebih bijak, makanya hatinya pun ditawanlah oleh pemain gitar tu..gittewwwww
   Makin lama, makin banyak cerita Iman ni hikayatkan kan Acik. Termasuk kisah tragik dia sebagai pesakit barah otak tahap 4, yang sebahagian besar masa dihabiskan kat wad hospital, Prince Court Medical Centre, salah satu hospital swasta paling canggih, paling mahal kat KL ni.
   Dalam hati Acik kata "oh anak orang kaya ni, berbulan - bulan kat Prince Court, sure la ratus ribu bil kan?" Bukan nak cakap apa, Acik warded seminggu kat Pantai Medical Centre pun bil dah dekat belas ribu. Imagine kalau berbulan??
  Satu hari ni, cik Iman kita diberitakan kritikal dan unconscious. Masa tu Acik sangat sedih, sampai menangis - nangis. Memang sedih sangat masa tu, sebab Acik rasa mcm dia sincere sangattttt masa share experience dia as 3rd eye owner. Dia banyak bg Acik panduan n soothe me with comforting words, buat Acik rasa untung sebab ada jugak yg faham beban Acik tanggung.
  Alih - alih sorang individu mengaku sebagai abang Iman, nama Iqbal whatsapp Acik. Katanya, dia pegang hp Iman sementara Iman tak sedarkan diri. Dia jugak himpunkan few individuals termasuk Acik dalam satu group. Katanya itu berdasarkan kepada kekerapan Iman bermessage2 dengan individu2 ni. Dalam tu selain Acik, ada Lily, Edd, Ariff, Muaz, Lyn dan Kiid.
  Oh lupa. Kaitannya Lyn dan Iman ialah Lyn ni mengaku sebagai sahabat baik Iman, dan dia pernah dating dengan salah seorang abang Iman yang bernama Ilham. Iman ni katanya ada dua abang, Iqbal Imran dan Ilham Ilyaz manakala nama penuh Iman pulak ialah Illana Imani. Ni gambar dia...



  Cantik kan?? Kalau nak tau, semua gambar ni disiarkan dalam profil FB dan instagram Iman ni. Gambar ketiga kononnya gambar dia yang dah lose weight sebab cancer dia tu. And gambar keempat kononnya gambar masa dia dicukur botak untuk satu head surgery. Dramatik kan??
   Tapi Acik nak ucapkan terima kasih jugak pd dia, sebab watak khayalan ciptaan dia ni dah satukan Acik dgn beberapa kawan yg komited nak membongkar auta dia ni. Kesemua CSI Agents ni asalnya dari group yang Iqbal tubuhkan untuk memudahkan dia update pasal adik dia yang sakit tunggu masa nak gol tu.
  Inilah bagi Acik, keajaiban Allah SWT. Kalaulah dia tau kitorang dah jadi geng and tengah nal lancarkan perang kat dia, mesti dia menyesal gila tahap hantuk kepala kat dinding sebab kenalkan kitorang semua. Dalam pandai2 si pemutar alam ni, ada jugak bodohnya dia ya...hahahahahah.
  Kumpulan kami yang kami gelarkan CSI ni dah bertukar-tukar maklumat, analisis semua info sebelum kami capai kata sepakat bahawasanya, kami mmg dah kena goreng celup tepung dek jibauk sekor ni.
   Kamon la, boleh ke org yang kena kanser tahap 4, yg hidup memang bergantung harap dgn mesin, dapat kebenaran utk pegi konsert???
   Selama ni asal org nak datang melawat, ada jeeeee bedo'oh dia, utk tak kasi orang datang.
  Ye la kang orang datang, terbongkar lak rahsia ko kan???
   Bila Acik fikir balik, memang sungguh la tak logik. Takkan la semua kisah terpaling sial yang ada kat manusia, boleh kena kat kau sorang kan?? Ibarat kata naik motor bergesel dengan lori, lepas tu terjatuh kat tengah jalan. Dah terjatuh kat tengah jalan tu, digilis pulak bas. Dah hancur badan berkecai semua tu, datang pulak anjing gagak semua makan daging2 kau, sampai la hancur tak boleh nak tanam apa pun. Ibarat kata macam tu lah dramatiknya!!!
   Diam tak diam, ada la dekat dua bulan kot Acik berkawan dgn dia, sekali gus berkenalan jugak dgn beberapa kawan lain. Ada yg sekepala, ada jugak yg pervert n sex maniac tak sepasal.
   Makin lama makin berkawan, Acik tengok makin banyak benda luar batasan akal yg si pemutar alam ni cerita. Seribu macam episod drama dia dah tayangkan sampailah Acik tak tahan, Acik buat luahan perasaan dgn salah seorang geng yg Acik rasa Acik boleh percaya.
   Kepada Edd Acik cerita semua, point to point, citing all the examples yang Acik rasakan tak logik.
   Masa ni Acik kat UK. Sakit hati punya pasal, Acik gigih berwhatsapp dgn Ed. Matila asyik top up jeh, in pound okeh!!!
  Paling Acik anggap tak logik ialah kesusahan makcik ni nak cari ayam masak merah dengan nasi minyak.
  "Kisah seorang anak yang duka nestapa kerana ibunya batukkkk..kasihan sungguh dia pergi mendapatkan ubatttttt.".
  Siapa yang familiar dengan jingles ubat batuk cap ibu dan anak ni? Sikit ada sama dengan kisah pentipu ni. Cuma bezanya abang yg duka nestapa sebab gagal mencarikan ayam masak merah dan nasi minyak untuk adik yang nak mampos tak lama lagi.
   Now please tell me. Kita ni duduk kat Malaysia. Kat celah mana yang payah benar nak cari ayam masak merah dengan nasi minyak tu?? Apa yang payah benor sampai nak kena gate crash kenduri kawin orang untuk mintak ihsan tapau ayam masak merah dengan nasi minyak tu? Lepas tu tuan rumah mana pulak yang bakhil kejam zalim nak mampos sampai tak nak kasi kau tapau sikit untuk adik kau yang dah nak mampos sangat - sangat tu?? Hello!! Just ayam masak merah dengan nasi minyak hokeh?? Lainla kalau kau mintak tukar nama EPF ke kan?? Itu kalau dia bagi Acik pun nak serbu rumah dia, mintak masuk nama Acik sekali!!!
   Tapi itulah yang diberitahu pada Acik dan kengkawan lain. Siapa yang bagitau?? Jeng Jeng jeng....part ni yang best nih!!!
   



 Ni ialah Cik Lyn, kawan baik Cik Iman kita, katanyaaaaa. Dialah yang bagitau kisah sedih Iqbal nak dapatkan ayam masak merah dengan nasi minyak untuk adik dia, Cik Iman yang sakit teruk tu. Ok sekarang bandingkan pulak dengan gambar ni.

 Haaaaa...sama tak sama tak sama takkkk?????? Check out Part 3 pulak. Jenuh dah menaip part 2 ni. Haihhhhhh

No comments:

Post a Comment