Sunday 20 October 2013

Life, is just like a cup of tea..



Kebelakangan ni, Acik dah hadap macam2 benda. Dari yang termampu dicerna dek kepala otak, sampai la yang tahap rasa nak hantuk kepala ke dinding.
  Drama kerja, drama life seharian, drama alam maya, semuanya tu Acik rasa kalau bagi kat David Teo or Rashid Sibir sure dah jadi drama lentok meleleh punya.
  First sekali kat tempat kerja ni. Acik sungguh la penat nak mengadap semua pilih kasih, favouritisme melampau yang bos2 kat sini practise.
  Kalau ko bagos camna pun, tapi kalau bos tak suka, tak payah berangan-angan la nak dapat appreciation dek non. Tapiiiii kalau ko memang intan payung gunung emas bos, tak yah susah2, bos sendiri yang datang menyembah kat ko.
  Benda2 mcm ni serius buat Acik patah semangat nak kerja. Kalau korang pun, Acik sure akan rasa benda yang sama, kan? Bayangkan, Acik dah kerja hempas pulas sampai menang anugerah yang bukan kecik2 anak la kalau bidang Acik kerja ni, tapi alih2 boleh diorang cakap itu tak dikira sebab bukan inisiatif sendiri. Bukan inisiatif sendiri abah ko la kannnn!!!
  Second, dengan relationship. Haih ni pun haru biru gak kepala Acik. Camna nak cakap eh, ala - ala antara dua darjat gittew. Dia memang baik, tapi masalahnya Acik cuma gagak di rimba sedangkan dia merak di kayangan. Ada aja halangan. Mak bapak dia takkan boleh terima kitorang kan? Huhu sedihnyaaaaaa sedihnyaaaaa sedihnyaaaaaa!!!
   Third, dengan kisah Acik yang sekarang berperang dengan kebolehan sendiri yang terbuka hijab. Dalam erti kata lain, deria keenam, six senses. Yes, i can see dead people. Haaaaa cuak tak cuak?? Ya, Acik memang notice kelainan pada diri sendiri tapi masa tu pada Acik, ia masih dalam kawalan kerana tak sekuat mana. Tapi lately makin kuat. Acik boleh nampak, boleh dengar dan boleh bau. Bayangkan hidup yang setiap hari berdepan dengan entiti halus mcm ni. Sampai satu tahap, Acik tak tahu nak bezakan apa yang Acik nampak tu manusia biasa atau jelmaan yang menyerupai manusia...jeng jeng jeng jeng..seram tak seram tak?? Korang seram kan? Jangan tak tau dik, tengah2 korang buat kerja tu, jangan korang ingat korang sendirian je. Hehe...ada yang memerhati sebenarnya....Acik masih ingat, waktu mula - mula deria ni menjadi semakin jelas dan kuat. Sungguh hidup serba tak kena, takut nak ke tempat gelap, takut nak tidur kalau tutup lampu, takut nak menziarah kematian di kawasan perkuburan..seksa sungguh rasanya. Sampaila Acik outstation ke Kota Tinggi, Johor, dan dgn kuasa Allah, Acik dipertemukan dengan seorang guru mengajar Al-Quran, yang dipanggil Tok Ayah.
   Sampai mati Acik tak akan lupa jasa Tok Ayah ni pada Acik. Allahyarham (Tok Ayah meninggal dunia tahun lepas) mengajar Acik bagaimana untuk menggunakan anugerah diberikan Allah SWT tu dengan sebaik - baiknya, sebagai panduan untuk membenteng diri dari tipu daya syaitan. Mermang hidup Acik tu lebih tenteram lepas jumpa dengan Tok Ayah, tapi kebelakangan ni Acik rasa macam makin rimas. Mungkin jugak Acik stress dengan kerja, sampai terbawak- bawak semua sekali. Biasa la kan, nama pun pompuan. Sure ada PMS semua tu kan..
  Anyway, masa Acik bosan - bosan browse internet tadi, Acik terjumpa cerita pendek ni dari sebuah blog. Acik copy paste kan kat sini, semoga kita sama - sama beroleh manfaat ya. Pada Acik, ia berguna untuk membantu kita merenung kembali nilai hidup yang kita miliki.

    I saw this on facebook earlier today and thought it was pretty good: 
  A lecturer, when explaining stress management to an audience, raised a glass of water and asked, "How heavy is this glass of water?" 
  Answers called out ranged from 8 ounces to 20 ounces. 
   The lecturer replied, "The absolute weight doesn't matter. It depends on how long you try to hold it. If I hold it for a minute, that's not a problem. If I hold it for an hour, I'll have an ache in my right arm. If I hold it for a day, you'll have to call an ambulance. 
   "In each case, it's the same weight, but the longer I hold it, the heavier it becomes." He continued, "And that's the way it is with stress management. If we carry our burdens all the time, sooner or later, as the burden becomes increasingly heavy, we won't be able to carry on. 
    "As with the glass of water, you have to put it down for a while and rest before holding it again. When we're refreshed, we can carry on with the burden. 
   "So, before you return home tonight, put the burden of work down. Don't carry it home. You can pick it up tomorrow. Whatever burdens you're carrying now, let them down for a moment if you can. 
   "Relax; pick them up later after you've rested. Life is short. Enjoy it!" 

No comments:

Post a Comment