Saturday 26 October 2013

BILA MANUSIA SEMAKIN KEJAM..

Kes pembunuhan pegawai Ambank dalam rompakan hari tu benar - benar meruntun hati Acik. Sakit hati jangan cita la pada iblis laknatullah tu kan. Kau nak rompak, rompak la, yang kau nak tembak mangsa tu kenapa??? Cuba kalau mak kau ke, adik pompuan kau ke, or anak sedara pompuan kau ke kena camtu?? Tapi ya lah, kalau dia berfikir, takkan dia nak buat camtu kan?
  Acik tak boleh nak bayangkan, macam mana luluhnya hati anak - anak bila dapat tahu arwah pergi dalam keadaan yang cukup tragik dan secara tiba - tiba aja. Pagi masih ada, tiba - tiba petang hanya mayat yang terbujur kaku aja menyambut kepulangan.
  Macam tak cukup sedih dengan pemergian arwah, keluarganya dihadapkan pulak dengan penyebaran gambar tragik keadaan mayat arwah selepas tembakan tu. Masya Allah..sezalim - zalim perompak tu, rasanya zalim jugak mereka yang menyebarkan gambar tersebut di media sosial. Tengok untuk diri sendiri sudah!! Yang kau nak ganti media pi circulate pulak gambar arwah tu kenapa?? Cubalah fikir tu guna kepala otak, bukan guna kepala lutut!!
  Tak cukup dengan gambar mayat arwah, disiarkan pulak rakaman CCTV kejadian tu. Astaghfirullahaladzim...tak cukup - cukup ke menyeksa hati dan perasaan keluarga arwah? Cubala kalau kejadian tu menimpa family yang menyebarkan gambar tu, apa agaknya rasa ya? Kadang - kadang Acik sedih, ya sedih dengan mentaliti masyarakat di Malaysia. Cepat sungguh terpengaruh dengan khabar angin, cepat juga bertindak atas perkara yang tak sepatutnya. Macam kes rompakan ni, yang patut disebarkan kepada umum ialah fotofit penjenayah tu, supaya maklumat boleh  disalurkan kepada polis. Ini tak, yang lain pulak dikongsinya kepada umum. Inilah dia agaknya yang orang kata, cerdik tak boleh diajar, bodoh tak boleh diikut.
  Tak cukup tu, ada pulak yang terlebih cekap dari polis, sebarkan khabar angin kata penjenayah tu dah ditahan ketika sedang membeli tiket di Lapangan Terbang Tambah Murah (LCCT). Apa la punya pandai...kes dah kecoh, gambar dia pun dah merata orang post, takkan la dia terus nak pergi tempat tumpuan orang ramai kan?? Sahih la dia nak sembunyi dulu..Yang buat cerita tu bangang, yang menyebarkan khabar angin tu pun dua kali lagi bangang!!
  Hilang kisah pegawai Ambank tu, just the next day, seorang lelaki berpenyakit mental pulak tikam 4 orang, menyebabkan dua daripada mereka cedera parah, dua lagi mati di tempat kejadian. Ni pun tragik jugak. Katanya lelaki tu pemandu van sebuah syarikat rokok. Sampai je kat kedai menjual makanan ringan dan rokok tu, dia tikam dua pekerja kedai tu. Lepas tu dia lari, and accident dengan sebuah van. Dia keluar dari van dia, tikam pemandu van yang dia langgar tu. Mati kau!! Lepas tu lari lagi and berlanggar pulak dengan sorang remaja Cina yang drive kereta Toyota Pius. Dia keluar dari van dia and tikam pulak remaja Cina tu, mati jugak remaja Cina tu. What an incident kan??
   Yang kelakarnya, ada pulak yang menyebarkan khabar angin kata keseluruhan Taman Melati ditutup sebab lelaki tu masih bebas..padahal dah sah - sah la dia dah kena tangkap dengan polis.
  Acik cukup heran, asal ada aja kejadian macam ni, sure punya akan berlambak la khabar - khabar angin disebarkan. Tak cukup dengan media sosial, ada jugak yang sebar guna whatsapp, bbm, wechat...name it. Apa lah agaknya yang penyebar - penyebar ni semua dapat ya? Ada ke trofi untuk penyebar khabar angin paling banyak??
  Please people, sebelum nak sebar apa - apa, cuba kaji dulu logik atau tak khabar angin yang diterima tu. Tak perlu kita cetuskan kebimbangan sampaikan orang rasa yang Malaysia ni dah tak selamat untuk didiami.
  Tolonglah. Acik bukan kaki bodek yang dibayar untuk memuji kerajaan sekarang. Kerajaan sekarang pada Acik juga ada salah dan silapnya. Tapi Acik rasa tak salah untuk kita bersyukur. Sekurang - kurangnya di negara kita yang satu ni, semua kaum bebas mengamalkan ajaran agama dan budaya masing - masing. Tak perlu sembunyi -sembunyi atau bersembahyang di celah runtuhan bangunan, dengan iringan tembakan senapang atau letupan bom.
  Di negara ni juga, Acik lihat masih bertolak ansur dengan rakyat yang sama sekali tidak fasih berbahasa kebangsaan, juga membenarkan rakyat untuk menyekolahkan anak - anak mereka mengikut aliran pilihan masing - masing. Ada negara yang langsung tak tolak ansur, yang hanya ada satu aliran sekolah je tau??
  Cuba pergi ke Jepun. Jangan mimpi nak jumpa rakyat yang tak fasih bahasa Jepun, sampaikan orang luar yang bekerja atau menuntut di sana perlu mempelajari bahasa dan tulisan Jepun terlebih dulu. Acik tak bohong, sepupu Acik yang menuntut di Nagoya, perlu mengambil kelas persediaan bahasa Jepun terlebih dulu di Malaysia sebelum boleh menyambung pelajaran di sana. Tapi kita di Malaysia? Tak faham Bahasa Melayu? No problem love. English is widely spoken here. Wo pu min pai Malaysi? Mei wenti..ni hui shuo zhongwen ma? See? Tak rasa bertuah lagi ka duduk di Malaysia ni?
   Acik dibesarkan di luar negara, hampir 10 tahun. Tapi bila kembali ke Malaysia, Acik tahu, sini lah tempat yang molek membesarkan anak - anak, mengajar anak santun budaya orang kita. Sampai bila - bila pun, Malaysia tetap di hati Acik dan Acik harap, ia juga ada di setiap hati rakyat yang lain. Wo Ai Ni Malaysia!!

No comments:

Post a Comment