Wednesday 23 October 2013

Misteri, di minda dan di hati...

Tadi Acik dapat perkhabaran orang meninggal, yakni pelakon popular tahun 80an, 
Noreen Noor. Dilaporkan Allahyarhamah meninggal dunia kerana komplikasi jantung 
dan buah pinggang. Innalillahiwainnalillahirojiun..dr Allah kita datang, kepada Allah kita 
kembali.
  Bila dapat perkhabaran orang meninggal, memang Acik automatically teringat waktu 
dapat berita seorang kawan sekolah meninggal di Negeri Sembilan.Berita pemergian Allahyarham memang buat kitorang terkejut, sebab 4 - 5 hari sebelum tu Allahyarham call Acik cadangkan utk buat reunion kelas.
  Bila dengar berita tu, kawan2 yg sempat Allahyarham call terus call Acik, ajak pergi ziarah. Acik pun kebetulan minggu tu cuti, on ajalah. So kitorang decide car pool aja sebab yang boleh pergi pun tak ramai masa tu, cuma berempat. Acik, Ima, Jijot n Arin.
  Masa on the way ke sana, kitorang berenti dalam 4 - 5 kali jugak untuk buang air, isi minyak, alas perut dan tanya arah ke kampung Allahyarham. Setiap kali berhenti tu, Acik mesti nampak seorang lelaki tua yang berwajah agak marah memandang kami. Mula - mula nampak, Acik ingatkan pakcik tu marah sebab kawan Acik si Ima terlanggar bahu dia masa nak ke tandas, Acik masa tu memang bengang jugak sebab Ima macam buat dek aja, sikit pun tak cakap maaf ke apa.
  So bila Acik nampak pakcik tu kat R&R yang kitorang berhenti, Acik terus sound Ima, "Ma, pakcik yang kau langgar masa nak gi toilet tadi ada sini laaa..angin je dia tengok kita Ma.." Ima pandang Acik muka pelik. "Pakcik mana? Bila masa aku langgar? Aku takda langgar orang pun tadi laaa"
  Berderau darah Acik  bila Ima kata dia takda langgar sesapa. Banyak kali Acik tanya dia, sampai dia naik bengang pulak dengan Acik. "Ko ni kenapa dah oi?? Aku cakap takde tu maknanya takde laaa!! Jadah apa aku nak bohong ko??" Acik terus say sorry bila Ima dah angin tu. Sah, pakcik yang Acik nampak tu bukan makhluk kasar.
   Sepanjang kitorang makan tu, memang Acik tak senang duduk dibuatnya. Nak makan pun patah selera walhal perut mendidih lapar. Bila Jijot bangun nak bayar, Acik cepat2 bangun gak n terus masuk kereta. Bila dah dalam kereta, Acik nyaris terjerit sebab pakcik tu berdiri mengadap tingkap kat tempat Acik duduk. Muka dia masih marah mcm masa mula - mula Acik nampak dia.
  Lepas tu tiap kali berhenti, memang Acik nampak dia, berdiri, merenung ke arah kitorang dengan muka yang bengis. Acik perasan member2 dah macam pelik tengok Acik, Ada sekali tu Acik nampak Arin turut pandang arah yang Acik pandang, ke arah pakcik tu. Acik tau dia tak nampak apa-apa sebab dia cara dia pandang tu macam cari2 apa yang Acik pandang. Kalaulah dia tau apa yang Acik nampak..
  Kitorang sampai ke rumah ibu bapa Allahyarham dalam pukul 2 petang. Masa tu persiapan baru nak dibuat untuk mandikan jenazah Allahyarham. Acik pelik kenapa lewat sangat nak mandi sedangkan Allahyarham meninggal tengahari semalamnya.
  Bila tanya pada adik Allahyarham, adik dia menangis - nangis bisik pada Acik. Katanya, banyak betul kejadian pelik berlaku pada jenazah. Orang - orang kampung katanya ramai yang dah takut nak uruskan jenazah Allahyarham sebab diorang jumpa banyak lintah..yes lintah, keluar dari mulut Allahyarham. Bayangkan, lintah keluar dari mulut orang yang dah meninggal dunia. Tak seriau ke bila tengok tu?
  Lepas tu adik Allahyarham kata, asap yang bau busuk sgt kadang2 keluar dari badan Allahyarham. Mengucap panjang Acik dengar cerita ni. Tak terbayang Acik, apa perasaan mak ayah Allahyarham bila tengok jenazah anak mereka dalam keadaan ngeri mcm ni.
   Sambil - sambil persiapan memandikan jenazah Allahyarham dibuat, Acik, Ima dan Jijot sedekahkan yassin kepada Allahyarham, while Arin dah ke bawah rumah untuk sama - sama tolong mandikan Allahyarham.
   Waktu ni, Acik nampak orang tua muka bengis tu lagi, kali ni dia duduk di luar rumah, di beranda. Dia cuba nak masuk tapi Acik tengok dia asyik tak lepas je nak langkah masuk dalam rumah. Bila tengok macam tu, Acik tau yg dia bukan jelmaan yang berniat baik sebab dia kalah dengan ayat - ayat suci.
   Acik dah mula rasa seram sejuk n ntah kenapa Acik dapat rasakan yang target dia sebenarnya ialah jenazah Allahyarham, sebab tu Acik nampak dia.
  Waktu jenazah Allahyarham dibawa turun ke bawah rumah, masa ni jugak la Acik nampak dengan jelas kejadian ni, yang buatkan Acik stop pergi ziarah mana - mana kematian untuk satu tempoh yang agak lama. Masa tu Acik nampak lelaki tu melompat dan duduk atas jenazah Allahyarham, jilat2 muka Allahyarham, mcm anjing yang jilat muka tuan dia. Lidah dia, Allahuakbar!! Panjang dan warna hitam!!!!
   Acik tak tahu apa keadaan yang jadi selepas tu, sebab Acik tak ada kat tempat mandikan jenazah..cuma yang Acik tau, bila jenazah dibawa naik ke atas, ada yang cakap banyak lebam2 di badan Allahyarham. 
   Acik tak tunggu sampai pengkebumian sebab badan dah rasa macam nak demam, teringatkan apa yang Acik nampak sebelum tu. Lagipun Arin hari tu kerja malam, by 6pm dia dah kena ada di KL semula.
   Cerita ni mungkin tak seseram mana, tapi sampai hari ni Acik tak akan lupa pandangan bengis lelaki tu pada Acik. Apa kaitannya Allahyarham dengan lelaki tua tu, masih menjadi misteri. Begitu juga asap dan lintah yang dikatakan keluar dari mulut dan tubuh Allahyarham. Hanya Allah SWT yang mengetahui sebab musabab kejadian ini. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment