Sunday 3 November 2013

Don't Litter..

Pernah dengar nas yang menyebut bahawa kebersihan sebahagian dari Islam? Acik rasa, bukan aja Islam, tapi semua agama lain menuntut penganutnya mengutamakan kebersihan dan menyeru ke arah kebaikan, kan? Melainkan agama memuja setan, ha tu Acik caya diorang memang galakkan kita jadi sehabis jahat.
  Kebersihan ni bukan setakat gosok gigi, mandi tiap pagi atau basuh tangan sebelum makan ya adik - adik..Banyak sangat benda pasal kebersihan ni, termasuk kebersihan pada pakaian and jangan buang sampah merata - rata.
  Mana yang pompuan lak, kalaula time `kawan baik' datang menjelma tu, jangan laaaa buang merata. Banyak kali Acik terjumpa kat toilet, tersembul - sembul keluar dari tong sampah. Ada tu bergelempang aja kat cubicle floor. Jangan tak percaya, ada ok yang pengotor tahap camni sekali.
  Kalaupun tak boleh cuci, bungkus la elok2, masukkan betul - betul dalam tong tu. Tutup dua tiga kali pelapik tong tu supaya betul - betul jatuh dalam tong. Tak rasa malu ke kan, kalau pengguna lain tengok khazanah kita tu? That is among the most private stuff for women hokay!
  Selain atas faktor kebersihan, ada sebab musabab khusus kenapa ia perlu dilupuskan sebaik - baiknya dan sesempurna mungkin. Umum tahu darah haid juga digelar 'darah kotor'. Kenapa digelar macam tu? Allah berfirman dalam Surah Al Baqarah, ayat 222 bahawa darah haid mengandungi 'adzaan' yakni kotoran  kerana ia berbau busuk dan dianggap sebagai najis. Justeru, kalau dah disifatkan sebagai najis, ia wajib dicuci sehingga bersih yakni hilang bentuk, bau dan rupa, yes?
  Kerana sifatnya yang kotor dan najis, ada yang menggunakan ia sebagai antara bahan di dalam amalan ilmu hitam. Darah haid tadi dicampur bersama bahan lain, dipuja dengan serapah tertentu untuk memuaskan kehendak hati yang dirasuk syaitan.
   Pengalaman sewaktu menjadi fasilitator di sebuah kem remaja benar - benar menginsafkan Acik untuk menjaga kebersihan sewaktu haid sebaik - baiknya. Gila babi scary...babi pun terperanjat kalau nampak apa yang Acik nampak.
  Kat situ, semua peserta ditempatkan di sebuah hostel. Kalau dah namanya hostel, bilik air memang la satu je, so semua orang berkongsi tandas dan bilik mandi yang sama. Tujuannya supaya semua peserta mempunyai hubungan akrab sesama sendiri.
   Untuk fasilitator pulak, tandas, bilik mandi dan dorm kami diasingkan dari peserta lain, tapi Acik suka mandi dengan budak - budak tu semua. Masa tu umur peserta rata - ratanya belasan tahun, Acik pulak baru awal 20an, so gap tu tak jauh sangat. Memang boleh masuk dengan bebudak tu semua.
  Satu malam ni, Acik rasa sakit perut yang amat sangat. Selalunya Acik memang gerak kawan fasilitator untuk teman, tapi malam tu ntah kenapa member tido mati seratus peratus. Jangan kata bom, Acik rasa kalau missiles meletup sebelah telinga dia pun dia takkan sedar.
  Sampai kat toilet, lampu agak suram. Acik ingat maybe lampu ada yang rosak, so Acik redah je lah. Biasala lampu toilet malap sikit kan. As long as tak kelip - kelip macam cita seram tu, dah cukup ok la bagi Acik.
  Masuk je toilet tu, Acik nampak makcik cleaner tu tengah bersih bersih tong sampah. Tekun betul dia buat kerja sampai sikit pun tak toleh bila Acik masuk. Acik tegur makcik cleaner tu, saja basa basi. "Makcik, dah malam pun kerja lagi? Kesiannya". Makcik tu toleh, dan Acik dapat lihat dia macam bengang aja..mungkin bengang sebab Acik kacau konsentrasi dia kot. So Acik pun tak cakap apa dah, terus masuk cubicle yang first tu. Kat luar tu satu -satu Acik dengar dia tunggangkan tong tu. Hati mula rasa tak sedap. Dan - dan tu baru terfikir apahal lak makcik ni nak bersih toilet tetengah malam? Lepas tu, kenapa dia bersihkan tong sampah aja?
  Dalam pada melayan fikiran tu, pintu toilet Acik kena ketuk. Kat luar, makcik cleaner tu bising - bising suruh Acik keluar. "Cepat keluar..kamu ganggu aku aja!!" jerkahnya. Acik makin gelabah. Suara dia tu....suara dia tak macam perempuan langsung!! Lepas tu, kenapa dia suruh Acik keluar? Mana pernah makcik cleaner suruh kita keluar dari tandas yang kita tengah guna kan?? Nak kata ada emergency, bukan ada dengar fire alarm ke apa!
  Gila gelabah Acik masa tu. Rasa macam tak nak keluar, tapi kalau tak keluar Acik nak gi mana?? Bukan ada terowong rahsia kat cubicle tu yang buleh bawak Acik tembus terus ke dorm Acik..adui laaaaa..

   Nak tak nak Acik beranikan diri bukak pintu tu pelan - pelan. Ye la, takkan nak bersako pulak kat dalam tu kan. Acik beranikan diri mengintai keluar, dan di hujung sana, 'makcik cleaner' tu masih sibuk mengerjakan sesuatu.
  "Makcik kemas apa tu? Apasal kena kemas malam - malam macam ni?" tanya Acik, cuba memberanikan diri walhal masa berani tu dah tinggal hujung kuku je.
   Perlahan - lahan dia pusing kepala, dan Acik rasa lembik lutut lembik segala bila tengok darah penuh kat mulut dia, while kat tangan dia ada dua tiga keping tuala wanita (pad) yang masih berdarah.
     "Aku cari makanan aku!!!! Aku lapar!!! Mereka yang jemput aku datang!!!" kata makcik cleaner tu yang dah sangat jelas dan nyata, bukan makcik cleaner sebenar.
  Acik tak tangguh lagi. Dalam lembik - lembik tu, Acik gagahkan keluar dari tandas puaka tu. Mujur jugak benda tu tak ikut Acik balik ke dorm. Masa tu kalau ikutkan hati, Acik rasa nak kejut je semua peserta perempuan and bagitau diorang. Biar diorang tau not to dispose that thing at their own's will.
   Sorry sangat - sangat kalau ada yang kembang tekak kembang telinga kembang tengkuk baca cerita ni, tapi itulah dia. Memang jelas, apa yang diperkatakan selama ni bukan hanya satu gurauan atau cubaan nak menakutkan kita, tapi memang kenyataan. Membuang tuala wanita terpakai secara tidak sempurna, akan mengundang kehadiran tetamu yang tak diingini.
  Pandangan mata kasar mungkin tidak dapat melihat, apa atau siapa yang rakus melahap 'bahan - bahan buangan' itu, tapi apa yang tidak kita nampak, tidak bermaksud ia tidak ada di situ..Ia ada, memerhatikan gerak geri kita, mendengar apa yang kita cakapkan..Hati - hatilah.

1 comment:

  1. I believe you sebab saudara i pon pernah cerita he saw the same thing...

    ReplyDelete